song lyrics / Altimet / Janji lyrics  | FRen Français

Janji lyrics

Performers AltimetTakahara Suiko

Janji song lyrics by Altimet official

Janji is a song in Malay

Dengarkan cerita anak angkat raja
Dilantik ketua siapa semua hamba
Dua belas rumah yahud bangsa mereka
Bawakan kami ke tanah merdeka
Dengar cerita dia utusan yang esa
Patutnya dibunuh tapi firaun leka
Terlepas dibesarkan di dalam istana
Penyelamat kita dari hidup merana

Yang konon pembunuh aku sudah tiba
Tak sangka dulu ku timangnya diatas riba
Bagai ahli sihit dia penyilat mata
Aku boleh matikan dia bila-bila masa
Panggil menteri binakan menara setinggi mentari
Aku mahu lihat Tuhan si bodoh ini
Tak nampak pun batang hidung Tuhan yang lembik
Tuhan ku hamba dah lari menteri ku bertepik

Kanan kiri kanan kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Dikejar tenteranya jadi kita lari

Kanan kiri kanan kiri
Kejar dihamba kepunyaan Tuhan kami
Depan ada laut hey mana mahu lari
Tuhan kami akan tewaskan si nabi

Dihentak tongkatnya di atas tanah
Laut terbelah kami redah
Antara dua dinding air kami mencelah
Kepada nabi dan Tuhannya kami berserah
Sampai ke seberang kami pandang belakang
Firaun dan tentera mengejar menyerang
Dinding air runtuh mereka kabur kelam
Cuba berenang dipaksa menyelam

Ni yang buat aku meradang
Yang mulanya surut sekarang sudah pasang
Dan tiada pilihan apa boleh buat
Terpaksa aku akui tuhannya lagi hebat

Nyawa mereka terbang badan timbul tenggelam
Tombak dan pedang masih didalam genggam
Kami terus berjalan pagi petang siang malam
Mencari halaman untuk bercucuk tanam

Kanan kiri kanan kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai satu hari nanti

Kanan kiri kanan kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kitakan sampai suatu hari nanti

Kita dijanjikan pembalasan Ar-Rahman
Empat puluh tahun dalam perjalanan
Menuju cahaya dipimpin Nabi Musa
Mebelah lautan dengan tongkatnya
Firaun yang tenggelam menghuni jahanam
Yang karam bersama kesumat dan dendam
Raja yang bertakhta karam tanpa berita

Kanan kiri kanan kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kita kan sampai suatu hari nanti

Kanan kiri kanan kiri
Ke tanah sendiri yang dijanji
Ikut anak angkat raja nabi kami
Kita kan sampai suatu hari nanti
Lyrics copyright : legal lyrics licensed by Lyricfind.
No unauthorized reproduction of lyric.
Writers: Julfekar Ahmad Shah, SHAH
Copyright: Sony/ATV Music Publishing LLC, Warner Chappell Music, Inc.

Comments for Janji lyrics

Name/Nickname
Comment
Copyright © 2004-2024 NET VADOR - All rights reserved. www.paroles-musique.com/eng/
Member login

Log in or create an account...

Forgot your password ?
OR
REGISTER
Select in the following order :
1| symbol to the left of the cloud
2| symbol at the top of the target
3| symbol at the bottom of the bulb
grid grid grid
grid grid grid
grid grid grid